Tips-tips Persediaan Ke KRABI

Tips-tips Persediaan Ke KRABI

1. When to go?


Aku pergi Krabi bulan Januari tuh pun plan last minute. Kalau ikut yang kita belajar masa geografi dulu, bulan Januari adalah paling sesuai sebab musim panas kat sana so sepanjang aku ke Krabi takde sekalipun hujan dan lancar segalanya mengikut plan yeahh... sebelum Oktober pula ialah musim yang banyak hujan, sebab pertukaran angin monsoon. Kalau bulan Mei sampai September memang musim hujan lah, sebab ada monsoon barat daya.

Disebabkan musim hujan, Mei sampai Oktober memang dikira low season lah. So takde la ramai sangat orang. Aku  rasa mungkin bulan Oktober ni dah nak habis musim hujan kan, so kira ok juga lah... tak banyak hujan & orang pun tak ramai sangat :)

2. Visa & Passport


Orang Malaysia pergi sana tak payah visa kalau sekejap2.Passport kena pastikan masih lagi dalam tempoh. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau kurang 6 bulan, kena pergi renew.Renew di Jabatan Imigresen.

a) Untuk yang pernah ada passport.- cuma perlu bawa passport lama dengan IC. Pastu, bawak pen sebab ada borang perlu         diisikan.

b) Untuk yang memohon buat kali pertama- lagi senang. Bawa IC dan pen je.


3. Bahasa


Bab bahasa ni korang jangan risau lah...Kalau korang tak pandai speaking very well jgn risau...just get ready a simple word ja supaya senang korang nak deal harga or tanya penunjuk arah..orang Krabi tak lah pandai sngat nak speaking English tapi diorang still faham lagi...Kalau area Ao Nang totally peniaga memang pandai speaking English sebab area tuh tumpuan mat salleh and minah salleh..Tapi kalau area Krabi Town kureng sikit pandai spaking English sebab situ majoriti Muslim yang pure Thailand dan diorang jugak pandai cakap melayu actually yang certain2 tuh..Haha..

4. Which island to go?


Untuk harga yang paling murah, ambil lah yang pakej 4-island pakai long-tail boat. Harga dalam 400 - 500 baht pun ada. Nak waktu siang ada, waktu malam pun ada.

Kalau nak yang paling terkenal, boleh pergi ke Koh Phi Phi. Sana korang akan pergi dalam 4 -5 pulau. Salah satu tu tempat penggambaran filem The Beach. Tapi pulau tu sangat crowded, sebab dah terlebih feymes. Orang dari Phuket pun biasa akan ke sana jugak. Lagipun jauh, dan kalau musim monsoon, bersedialah untuk melantun-lantun dalam bot.

Aku pergi ke Hong Island. Pelancong tak seramai Phi Phi. Tak terlalu 'mainstream' macam 4-island package. Cantik, tetap cantik. Dan yang paling best, korang boleh berkayak! Haha.Selain Hong Island, korang jugak akan dibawa pergi ke pulau2 lain sekeliling dia.Bab pakej apa yang korang nak pilih dekat sana korang boleh review link blog aku nih...

5. Nak stay area mana?


Krabi province ni besar. Ada pekan Krabi, Ao Nang, Railay, Ko Lanta, etc etc.

Peta Krabi
Source: http://www.thailand-huahin.com/


Area pekan Krabi aku tak minat sangat. Yang bestnya dekat sana ada Night Market setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Harga barang kat night market tu murah. Boleh try street food jugak.

Ao Nang tempat yang paling terkenal lah di kalangan tourist. Belambak resort/hotel/hostel area sini. Nak cari tour package pun senang sebab ada belambak2 kat tepi jalan.

Railay mahal sikit lah. Tempat ni banyak resort yang hebat2 sikit. Tapi memang cantik lah duduk sini. Especially kalau duduk di bahagian West Railay. East Railay tu macam kawasan bakau sikit. Tapi nak pergi East - West Railay jalan kaki dalam 5 minit je, ada laluan darat. Tapi nak pergi Railay kena naik bot, sebab ada cliff tinggi yang memisahkan area Ao Nang dengan Railay. So tak de jalan raya. Kalau naik bot dalam 10 - 15 minit je dan 100 Baht one way. Cuma, kalau korang sampai sana area malam, mahal lah korang bayar bot nak ke sana...

6. Plug elektrik


OK jangan lupa lah untuk bawak adapter. Nanti phone mati, kamera mati, menyesal je. Hahaha. Diorang pakai pin hybrid yang unik. Boleh muat plug orang Eropah & North America. Yang Malaysia punya still tak boleh pakai. Hehe.

7. Getting around


Hmm bab ni saya susah sikit. Kalau korang ambik tour package setiap hari takde problem lah. Kena hantar dan ambik kat hotel hari2. Tapi aku tak suka tour package ni sebab korang akan spend masa lama untuk perjalanan sebab dia akan pick up guest dari macam2 tempat. 

Kalau korang boleh bawa motor, memang syok lah. Belambak2 ada orang sewa motor. ..Sewa kereta mahal sikit. Lagipun nak parking susah la kereta ni...


8. Makan


Rupa2nya orang Krabi ni ramai yang muslim. Waaa syoknya. Kat sini la korang berpeluang makan makanan Thai yang halal :)

Area Ao Nang dekat dengan laut tu mahal sikit la makanan dia. Aku duduk di tempat jauh dari laut, ramai orang tempatan. Boleh la dapat murah sikit.

Kebanyakan kedai yang aku jumpa memang halal. Tapi ada juga yang tak halal. Kalau korang duduk kat guesthouse yang dekat dengan kawasan perumahan, memang tak payah risau sangat. Penduduk asal Krabi adalah muslim. Yang tak muslim tu majoriti orang yang migrate dari Bangkok.

So, kalau makan area city center, jumpa kedai yang takde tulis halal kat signboard kedai tu, tanya la dulu. 

9. Health


Kawan aku kat sana kena cirit birit dan food poisoning. Kesian jugak. Kat sana orang suka makan street food kan. Kalau street food ni, kebersihan kadang2 memang dicurigai lah. 

Kalau sakit, kat sana memang ada banyak farmasi.Aku nampak di Ao Nang (kawasan depan pantai) ada la dalam 3-4 farmasi. Tapi harga mungkin mahal lah.

So, aku suggest, bagus lah korang prepare awal2. Benda2 macam activated charcoal, antihistamine, paracetamol @ panadol, minyak angin cap kapak, plaster/handiplast, perlu la kot korang bawak untuk prepare for the worst.


10. Lain-lain tips


  • Pergi Railay naik bot waktu siang lagi murah (sebelum pkul 6 petang). Harga 100 baht one way. Kalau lepas pkul 6 petang 150 baht. Kalau malam lagi mahal. Bot cuma akan bertolak lepas dah lebih 8 orang penumpang.
  • Kalau nak pakej yang murah, kena rajin survey. Yang aku nampak paling murah pergi Phi Phi harga 800 baht je belum termasuk harga National Park fee 400 Baht. Aku suka agensi Barracuda Tours.


OK lah tu je dulu kot kali ni. Hehe. Till next time!


Untuk maklumat lanjut, boleh la korang tengok entry seterusnya pasal Krabi :)

Comments