Langkawi

KERETA KABEL LANGKAWI

Kereta kabel Langkawi ini memang menggerunkan. Tapi anda wajib naik sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.





tempat menarik langkawi- kereta kabel

Menggunakan teknologi Swiss, cable car Langkawi ini bakal membawa anda dalam satu perjalanan sejauh 1.7 km sebelum singgah di Stesen Tengah.
Yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana lantainya kaca, dan tali kabel panjang sehingga tidak nampak hujungnya. Kereta ini akan naik dengan curam dan anda boleh melihat pokok-pokok besar nun jauh di bawah kaki anda.
Di stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi.
Tapi tarikan tempat ini belum habis. Jangan lupa berjalan di jambatan gantung Langkawi ya?


Jambatan Gantung/Skybridge


Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan. Sebabnya, kerana ia jambatan gantung yang dipegang oleh hanya satu tiang besi.
Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia. Wohaaaa!!
Di sini anda boleh berselfie. Jika tidak pun, layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati.

Kafe


Kalau anda haus disebabkan banyak menjerit sewaktu kereta kabel naik ke sini, ada kafe untuk anda membasahkan tekak.
Jika anda tunggu sehingga ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini.
Gondola terakhir akan turun pada pukul 8 malam.

Rentas Desa/Skytrail

Nak lebih ummph? Dari stesen tengah, naik ke stesen teratas dengan merentas denai khas. Perjalanan naik ke atas mengambil masa 30 minit.

Tips


1. Kereta kabel ini tidak berhenti sewaktu mengambil penumpang. Jangan leka sewaktu tiba giliran anda masuk ke dalam gondola.
2. Beratur untuk menunggu giliran untuk naik memang lama kalau anda beratur bersama rombongan pelajar sekolah. Oleh kerana mereka selalunya ramai, jika anda ke Langkawi sewaktu musim cuti sekolah, datang seawal mungkin agar tidak perlu beratur panjang.

Harga Tiket Cable Car Langkawi

Warganegara Malaysia
Dewasa : RM30
Kanak-kanak : RM22
Pelancong Asing
Dewasa : RM45
Kanak-kanak : RM32
* Ada tiket express lane dan gondola lain yg lebih eksklusif dan mahal

Comments