Tempat Makanan Halal Di Sekitar Krabi
- Get link
- X
- Other Apps
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Meiji Travelogue dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni aku dah cite Tempat yang Menarik Di Krabi terutama area pantai Ao Nang. Kali ni aku nak cite sikit pasal tempat makan yang halal korang boleh cuba bila datang bercuti di sini. So sebelum tuh aku bagi review secara overall kalau nak makan di area Krabi nih. Kalau di AoNang makanannya sngat sedap dan mahal jugak lah. Kalau di Krabi Town makanan dia kurang sedap tapi sangat murah berbanding AoNang.So pandai-pandai korang lah yer.
Gerai-gerai sangat banyak di tepi pantai AoNang tuh dan banyak kedai muslim area tuh. Bajet makan aku dekat Krabi lingkungan 400 Baht ja..Sikit kan hahaha biasa lah badan kurus ja..Lagipun dalam pakej aku ambil semua dah disedikan makan tengah hari. Aku just spend untuk makan malam ja. Sarapan aku bawa makanan spare dari Malaysia ja..

Bagi kita orang Islam ni tak perlu nak risau atau gusar bila bercuti ker Krabi ni kerana ramai komuniti Islam yang ada menetap di sana. Aku mula2 pun takut juga kat sana susah nak cari makanan halal siap bawa Maggi lagi takut2 lapar tengah malam. Tapi bila dah sampai sana rupanya begitu banyak kedai makanan halal yang boleh di makan.

Tapi jangan lah kita was-was walaupun mereka tulis halal kat luar restoran tu. Yang penting kita kena yakin untuk makan. Kalau dah was-was jangan makan tak boleh. Aku tengok kedai ada tulis halal dan juga pekerjanya pakai tudung In Shaa Allah boleh makan. Tapi makanan kat Krabi ni tak banyak yang menarik macam mana makanan kita.

Paling popular kat sana korang kena cuba Pancake yang pelbagai perisa yang enak2. Sebenarnya Pancake ini adalah roti canai kalau kita kat Malaysia ni lah. Tapi kat sana di panggil Pancake dengan pelbagai bahan di dalamnya. Yang paling popular adalah Pisang, Coklat, Nutella, Penut, Butter dan macam2 lagi lah.



Kemudian makanan lain yang popular kat sini macam biasalah Tomyam tapi tak semua kedai jual kuah Tomyam sedap ok. Kena pandai pilih macam kedai yang para traveler selalu cakap dan pergi ini. Memang recomended sangat kepada korang iaitu Restoran Jamri. Restoran warna pink ni ada kat tingkat atas tepi jalan ni korang kena naik tangga sikit. Tapi makanan kat sini sedap2 termasuklah Tomyamnya terbaik.



Kemudian untuk makan malam korang boleh cari Restoran Arnijj. Restoran ni menyediakan makan malam yang macam kat Malaysia juga boleh lah dengan selera kita. Harga boleh tahan tapi ramai orang kata makanan kat kawasan tepi pantai ni memang agak mahal sikit. Tapi nak buat macam mana dah tak ada tempat makan.




Apa pun satu hal jer kat Krabi ni nak cari sarapan pagi agak susah. Ini kerana mereka tak banyak bukan kedai makan di waktu pagi. Kalau ada pun akak2 yang meniaga tepi jalan tapi makanan sarapan mereka seperti nasi berlauk dan juga nasi goreng jer. Jangan salah pilih yer nanti korang termakan nasi goreng pedas sangat sampai sakit perut huhuhuhu. Apa pun tak perlu risau nak cari makan kat Krabi semua ada. Cuma jangan makan fast food kat sana tidak di jamin halal dan juga makan roti kat sana ok.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment