Setiap kali korang lalu jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata korang mesti akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu. Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah.
Bagi orang Kedah seperti cheq ni, bila sebut ja Daerah Yan, automatik akan keluar list-list Air Terjun Seri Perigi, Titi Hayun, Batu Hampar, Pantai Murni, 4 gugusan pulau,
Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang.
Jika anda pertama kali dan risau tersesat, jangan risau ada signboard untuk membantu anda. Diaorang memang nak majukan pelancongan daerah Yan, ada signboard yang tunjukkan jalan-jalan ke kawasan Peranginan Daerah Yan. InsyaAllah takkan tersesat
OK kali nih aku nak cerita satu tempat yang best dan view yang paling cantik yang boleh korang dapat iaitu dekat Air Terjun Sungai Perigi
Google Maps: https://goo.gl/maps/GtZjnaNX6sD2
Haa kalau korang nak ke situ senang ja hahaha..Firstly of course la kena ke Peranginan Seri Perigi dulu bukannya ke Titi Hayun ke apa bla3 hahahaha...dah sampai ke Peranginan Seri Perigi korang kena ambil jalan trek untuk ke tingkat 2 seri perigi..dekat seri perigi air terjun ada 6 tingkat tau ...tapi aku tahu stakat tingkat 2 kira okay lah boleh dpt view tuh nak lebih2 explore sendiri hahah...gurau je..cari jalan trek yg betul jangan main bedal je takut sesat..duration nak smpai ke situ 20 minit je kalau laki lah..kalau pompuan mau nak makan 40 minit hahaha...dia punya trek agak curam,mencabar dan trail sikit..memang mencungap cungap lah..tapi bila dah sampai tempat tuh memang Ya Rabbi terpegun dengan pemandangan lawanya tambah pulak air dia sejuk gedi memang power ahh boleh release tension hahahaha..So,aku lanje korang dengan gambar view atas Sungai Perigi
Ada satu trek lagi jalan denai sebelah rumah kosong tuh 10 minit ja dan jalan tak trail sangat tapi aku tak berapa suggest..First sebab ada banyak pacat..Second sebab aku takut korang sesat sebab jalan dia banyak simpang takut korang sesat (SEBAB AKU PERNAH SESAT HAHAHA)
Comments
Post a Comment