15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti Di Krabi Thailand

Pertanyaan asas di bawah pada kebiasannya dapat korang baca di forum-forum travel, aku kumpulkan 15 soalan yang sering ditanya oleh mereka yang mahu bercuti di Krabi. Pada yang telah sampai ke Krabi, mungkin korang boleh menjawab soalan-soalan berikut di ruangan komen based on pengalaman korang.

  • Tempat menarik di Krabi Thailand;
  • Hotel yang best di Krabi atau hotel budget di Krabi;
  • Aktiviti di Krabi;
  • Ataupun anda boleh kongsikan pengalaman bercuti di Krabi;



1.Nak tukar duit di Malaysia atau di sana?

Tukar kat Malaysia. Semahal-mahal kat Malaysia ni mahal lagi kat sana. Hari tu sebelum bertolak aku tukar 1000 bath untuk RM112 dekat Hasani Money Changer. Sampai sana jika nk tukar 1000 bath untuk RM125/126.

2.Boleh keluarkan duit melalui ATM di sana?

Boleh tapi dengan syarat call bank korang di sini sebelum keluar. Bagi tahu dari berapa haribulan ke berapa haribulan korang akan berada di negara tersebut. Bukan boleh main cucuk sahaja. Tapi di Thailand setiap pengeluaran dikenakan caj 200 bath.So korang fikir lah sendiri mana lagi berbaloi.Tukar di Malaysia atau guna ATM?

3.Dari HatYai nak ke Krabi/AoNang naik apa dan berapa harga?

Ada 2 pilihan.Ni based on aku tanya para travel Malaysia sebab aku tak pakai perkhidmatan ni. Naik van dengan bayaran 350 bath. Jika lebih dari ini korang sedang di tipu. Atau naik bas 162/170/214 bath. Yang 214 bath ni ada toilet dlm bas. Tapi ni bas lompat. Dia akan berhenti di mana dia suka dan driver akan kutip siapa dan apa sahaja dia mahu. Perjalanan ke Krabi bas tu kadang-kadang siap bawa bunga-bunga segar berkotak-kotak, motor sebiji dan TV besar sebiji. Bertabahlah duduk dlm tu. Masa perjalanan 4 1/2 – 5 jam.

4.Dari Krabi Terminal Bus nak ke AoNang macam mana?

Boleh naik pickup 60 bath seorang atau taxi 300 bath. Taxi akan minta 500 bath. Pandai-pandai nego. Kelebihan naik taxi cepat sampai dan terus dpn hotel. Kalo naik pickup tu kat jalan besar je nanti.

5.Makan macam mana?

Makanan halal yang murah banyak kat sana. Yg penting sedap. TomYam Kung lagi best dari Secret Recipe ada 8 ekor udang besar yang segar baru 100 bath. Tapi dalam tu tiada mee lah. Kena minta nasi. Makanan mewah pun banyak. Tepuk poket tanya selera sebelum makan.Korang boleh tengok entry aku mengenai Makanan Halal Di Krabi.

6.Pancake dengan Ice Cream kelapa tu apa?

Dia macam roti canai tapi nipis yang diletak filling atau topping pilihan kita. Nak buah ke kacang ke. Segala apa pun ada. Sedap? Yes. Aku suka. Harga? 35 bath ke 50 bath terpulang pada filling n topping apa kita nak.Ice cream kelapa memang famous kat sana. Macam sangkaya kat sini. Tapi murahlah. Dalam cone 20 bath. Dalam tempurung kelapa 50 bath. SangKaya pun ambil idea dari Thai ni juga nk buat aiskrim tu.

7.Apa pakej menarik?

Terpulang anda suka apa. Sukakan laut pergilah Island hopping. Ada banyak package. Nak santai pergi ke 4 Island. Nak yg padat 7 Island. Sampai malam. Bole tengok sunset sekali. Ada Cliff Jumping lagi jika berani.Cari lah agent pakej yang korang rasa berpatutan.Kena pandai tawar-menawar.Kalau korang main sebat ja confirm dapat harga mahal ataupun foreigner punya harga.Aku countim dengan agent Barracuda Tours dapat harga 1200 Baht untuk 7 islands include National Park fee.Kalau ikutkan harga asal ataupun brosur dalam 2000 Baht lebih.Barracuda Agent memang aku recommended lah sebab servis dia tip top dan murah berbanding agent lain yang aku jumpa time aku survey di Ao Nang Beach.Malas cerita panjang korang boleh baca di entry aku mengenai Pakej-pakej yang terdapat di Krabi.

  • Suka snorkeling pergilah Hong Island atau Phi Phi Island.
  • Kalo suka cabaran extreme amik ATV dan mount climbing. Kayaking juga.
  • Nak santai-santai tengok-tengok boleh ke Emerald Pool dan Hot Spring.
  • Sukakan binatang pergi ke Elephant Tracking.


Kita sendiri kena tahu apa kita suka. Masa adalah limited jika ikut package ni. Jadi tak boleh terhegeh-hegeh nak tukar baju bagai. Dah berendam tu bawalah towel or kain sendiri nak balut badan jika ke Hot Spring n Pool tu. Kalau Island hoping tiada masalah memang confirmed basah.

8.Sewa motor

Tak perlu lesen. Janji pandai bawa motor ok dah tu. Kecik je motor dia. Sewa 200 bath tuk 24 jam. Passport dia akan pegang sebagai jaminan. Jangan risau passport anda selamat dgn mereka. Jika nk tmbh lagi 1/2 day bergantung ngan owner tempat sewa tu. Biasanya boleh jer.
Masa ambil motor tu minyak dia akan bagi ngam-ngam smpai petrol station. Kalo lepas station tu memang bertolaklah motor. Jangan risau kedai runcit tepi jalan banyak jual minyak dalam botol. 40 bath sebotol.
Helmet tak wajib. Pakai atas keselamatan sendiri.Pandai-pandai korang hidup.Heeeeeee

9.Agensi Pelancongan mana yg bagus?

Travel agencies beratus kat sana. Sepanjang jalan kat AoNang tu setiap 10 langkah ada travel agency ni. Hujung-hujung company yang sama juga yang akan handle kita. Harga kena nego. Jangan ikut harga dalam brochure. Shopping around dulu. Ada beberapa company islam seperti Maryam Tour dan Ana Rashid.

10.Hotel/Bilik

Bole book online melalui Agoda dan Trivago. Bayar masa kat sana. Bayar dalam Thai Bath. Tapi kalau walk in untuk check in boleh nego further.
Kalo suka nak berulang ke pantai duduk di kawasan AoNang. Kalo suka bandar duduk lah di Krabi Town. 2 tempat tu ambil masa 1/2 jam kalo naik motor.Tapi aku lagi suka stay AoNang sebab malamnya aktif smpai lewat pagi dengan pelancong dan dekat dengan pantai. Berbanding dengan Krabi Town,pukul 11 memang dah sunyi lah jawabnya.Nasib ada Krabi Night Market tuh so bolehlah lepak situ lama-lama.
Hotel/bilik memang sangat banyak. Aku pilih Cube Hostel untuk dua malam di Krabi Town dan JP Home Backpacker di AoNang untuk dua malam.Bilik aku murah ja sebab aku sorang ja so aku pilih mix dorm. Mlm agak sejuk dengan aircond. Lagipun masa banyak dihabiskan diluar kan. Balik bilik nak tidur je pun.

11.Travel Insurance

Wajib ambil sebab kerajaan Thai mewajibkan semua travelers dia ada insurance. Hatta nak ke Emerald Pool tu pun mereka kena belikan kita insurance. Dah masuk dlm harga pakej.

12.Cenderahati

Kalo nk beli untuk diri sendiri atau org lain jika boleh belilah kat depan kawasan masjid sebab kat sana ramai peniaga muslim. Bantulah mereka juga. Harga sama sahaja kat sana.

13.Keselamatan

Alhamdulillah keselamatan masih terjamin. Tiada kes peras ugut atau pick pocket rasanya. Masih aman. Tak mcm di Bangkok. Kena berhati-hati sentiasa. Kat Krabi masih lagi boleh berjalan-jalan dgn aman.

14.Simcard

Ada dijual d 7E kalo nk senang. 7E dan Family Mart merata kat sana. Berpuluh kot. Banyak betul. Nanti mereka akan tolong activate kan simcard tu. Aku ambil yang 300 bath 1.5G data. Ada yang 199 rasanya. Dtac nama service provider tu. Khas untuk tourist.

15.Massage

Ni memang bnyk. Sana sini massage massage. Harga dari 200 bath sejam. Makin banyak nak di massage makin mahal la harganya.
Bila kita turun dari transport di mana-mana pun akan ramai mengelilingi kita. Soalan mereka Malaysia? Malaysia? Dan mulalah mereka tawarkan perkhidmatan masing-masing. Keraskan hati. Teruskan berjalan dengan yakin. Jangan hairan kalau diorang pun boleh bercakap Melayu sebab ramai yang boleh bercakap bahasa Melayu dan ayat simple English. Kat luar terminal banyak tuktuk menunggu. Tuktuk driver tak boleh cari pelanggan dalam kawasan terminal. Anda kena pergi kepada mereka.

Comments