PERMAINAN BROKER BUAT DUIT
Pada masa kini, kita dapat lihat banyak b roker yang tumbuh macam cendawan. Macam semut hurung gula. Punya la banyak sampai tak terkira. Tak tau la kenapa. So, korang tau tak betapa kayanya menjadi seorang broker ni ? Satu perniagaan yang mempunyai posibility keuntungan yang sangat tinggi.
Objektif
Post kali ini aku akan terangkan mengenai cara bagaimana broker buat duit dan sila lah buat buat terkejut ok ?
Bagaimana Broker Forex Buat Duit
Paip Duit Pertama
Spread, spread, spread. Belum pape lagi, diorang dah kitai duit korang da pakai spread. Bayangkan diorang ada 100,000 klien. Setiap klien trade kat EUR/USD dengan lot USD 1 per pips. Setiap entry kena spread 2 pips. 2 pips x USD 1 bermaksud USD 2. USD 2 darab 100,000 klien da USD 200,000 busuk busuk. Tu baru satu entry. Belum tambah lagi yang jenis scalper, makan atas bawah, layer sampai tak nampak background, rasanya korang pun leh rasa punya kaya raya diorang ni.
Paip Duit Kedua
Rate, rate, rate. Depo 4.3, Withdraw 4.1. Kat situ pun broker da amik untung maaa. Bayangkan depo USD 500, tapi bila ko withdraw dapat USD 490. Mungkin ko cakap alah USD 10 je, apa dehal. Korang tau tak berapa banyak transaksi di dalam sebulan? Kalo ada 50,000 orang withdraw dengan rate yg diberi, darab la dengan USD 10, tak ke busuk-busuk dapat USD 500,000 ?
Paip Duit Ketiga
MAMM, PAMM, Copy Trade. Ini adalah tool tool promosi sebenarnya supaya lebih ramai menjadi klient diorang untuk generate lebih banyak duit pada paip pertama dan paip kedua. Eh, jom join Kambing FX, kat sana ada copytrade, ada sorang mamat tu trade power nak mampus, depo USD 10, lepas seminggu, modal kembang sampai boleh beli kapal angkasa sebijik. Jadi, begitulah promosi berlaku.
Paip Duit Keempat
Leverage besar giler. Biasanya leverage besar giler diberi kepada akaun jenis std, mini atau cent kebawah. Cuba tengok akaun jenis pro dan sebagainya leverage kecik je. 1:200 ke bawah lebih kurang. Kenapa ? Sebab broker nak trigger perasaan kaya cepat korang. Suh bantai lot gajah dalam diam. Tu diorang bagi korang kemudahan tu. Diorang tau manusia ni tamak nak mati. Cepat la korang MC dan dapat la diorang makan spread besar sket dari dapat sen sen je per pips.
Paip Duit Kelima
Trading. Ini broker Market Maker. Diorang akan guna skill Stop loss hunting dan Hedging. Semua klien baru akan masuk dalam B Book, diorang assume korang ni memang gagal awal2 lagi. Bila diroang nampak akaun ko konsisten, diroang akan pindahkan ke A Book. Duit yang dalam A Book ni sahaja yang pergi ke market likuiditi. Yang B Book? Diorang akan lawan apa je position trader kat B Book. Sebab diorang tau korang ni mesti gagal punya. Duit korang lak ? Tak masuk pun ke market likuiditi, pusing2 dalam broker je. So, contoh lah korang depo USD 100, pastu MC, so duit tu sedap2 je masuk ke dalam akaun diorang.
Tapi tiba2 ko untung besar, USD 100 jadi USD 1 juta, waktu tu pulak list nama ko kat B Book, diorang pun fakap tak sedar, mula la wat alasan, kena isi borang A, hantar ke tingkat 8, pastu pos ke London, disahkan pakai no phone yang bil kena nama sendiri. Tapi diorang akan cuba bayar, ada yang teruk buat macam2 seperti cancelkan profit. Itu broker babi.
Modal Setup Broker
Banyak ke ? tak lah, pi beli server satu, manage satu opis, setup satu team, bayar lesen MT4. Bulan2 USD 300,000 K konpem.
Kesimpulan
Kalo korang ada duit, bukaklah broker. So kayalah korang dengan menjadi broker. Berdaganglah dengan Broker Ayam FX. Pasti untung. huhuhuhuh
Comments
Post a Comment