Posts

Showing posts from January, 2017

Tempat Makanan Halal Di Sekitar Krabi

Image
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Meiji Travelogue   dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni aku dah cite Tempat yang Menarik Di Krabi   terutama area pantai  Ao Nang . Kali ni aku nak cite sikit pasal tempat makan yang halal korang boleh cuba bila datang bercuti di sini. So sebelum tuh aku bagi review secara overall kalau nak makan di area Krabi nih. Kalau di AoNang makanannya sngat sedap dan mahal jugak lah. Kalau di Krabi Town makanan dia kurang sedap tapi sangat murah berbanding AoNang.So pandai-pandai korang lah yer.  Gerai-gerai sangat banyak di tepi pantai AoNang tuh dan banyak kedai muslim area tuh. Bajet makan aku dekat Krabi lingkungan 400 Baht ja..Sikit kan hahaha biasa lah badan kurus ja..Lagipun dalam pakej aku ambil semua dah disedikan makan tengah hari. Aku just spend untuk makan malam ja. Sarapan aku bawa makanan spare dari Malaysia ja.. Bagi kita orang Islam ni tak perlu nak risau atau gusar bila bercuti ker Krabi ni ker...

Refleksi Diri di Air Terjun Seri Perigi

Image
Setiap kali korang lalu jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata korang mesti akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu. Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah.   B agi orang Kedah seperti cheq ni, bila sebut ja Daerah Yan, automatik akan keluar list-list     Air Terjun Seri Perigi, Titi Hayun, Batu Hampar, Pantai Murni, 4 gugusan pulau,  Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang.

Masih Newbie dalam Forex?

Image
Korang Masih Newbie? Langsung Tak Tau Satu Benda Pun Tentang Forex? Atau…Korang Tau Cara Nak Trade Forex Tapi Selalu Loss?…

Tips-tips Persediaan Ke KRABI

Image
Tips-tips Persediaan Ke KRABI 1. When to go? Aku pergi Krabi bulan Januari tuh pun plan last minute. Kalau ikut yang kita belajar masa geografi dulu, bulan Januari adalah paling sesuai sebab musim panas kat sana so sepanjang aku ke Krabi takde sekalipun hujan dan lancar segalanya mengikut plan yeahh... sebelum Oktober pula ialah musim yang banyak hujan, sebab pertukaran angin monsoon. Kalau bulan Mei sampai September memang musim hujan lah, sebab ada monsoon barat daya. Disebabkan musim hujan, Mei sampai Oktober memang dikira low season lah. So takde la ramai sangat orang. Aku  rasa mungkin bulan Oktober ni dah nak habis musim hujan kan, so kira ok juga lah... tak banyak hujan & orang pun tak ramai sangat :) 2. Visa & Passport Orang Malaysia pergi sana tak payah visa kalau sekejap2. Passport k ena pastikan masih lagi dalam tempoh. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau kurang 6 bulan, kena pergi renew. Renew di Jabatan Imigresen. a) Untuk yang pernah ada passp...

15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti Di Krabi Thailand

Pertanyaan asas di bawah pada kebiasannya dapat korang baca di forum-forum travel, aku kumpulkan 15 soalan yang sering ditanya oleh mereka yang mahu bercuti di Krabi. Pada yang telah sampai ke Krabi, mungkin korang boleh menjawab soalan-soalan berikut di ruangan komen based on pengalaman korang. Tempat menarik di Krabi Thailand; Hotel yang best di Krabi atau hotel budget di Krabi; Aktiviti di Krabi; Ataupun anda boleh kongsikan pengalaman bercuti di Krabi;

Ciri Trader Yang Berjaya

| 5 Ciri-ciri utama seorang Trader Forex yang berjaya | 1. Melihat gambaran besar :- Adakah anda mampu untuk memisahkan butir-butir kecil daripada gambaran yang lebih besar? Ini adalah penting dalam dua aspek. Pertama, mengasingkan pergerakan semasa daripada trend yang lebih besar. Aspek kedua berkaitan dengan pengurusan wang: dapat memisahkan perdagangan semasa anda dari keadaan di akaun anda dan rancangan yang lebih besar.

PERMAINAN BROKER BUAT DUIT

Pada masa kini, kita dapat lihat banyak b roker yang tumbuh macam cendawan. Macam semut hurung gula. Punya la banyak sampai tak terkira. Tak tau la kenapa. So, korang tau tak betapa kayanya menjadi seorang broker ni ? Satu perniagaan yang mempunyai posibility keuntungan yang sangat tinggi.

CARA SEBENAR MENJADI TRADER FOREX BERJAYA

Image
TANGGA KEJAYAAN TRADER Peringkat 1 Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan seorang ketua pengarah di syarikat2 yang besar. Lagipun sebelum ini di akaun “Demo” anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kaliganda dari wang modal anda. Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat menakjubkan 100 point -200point sehari. Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu hanyalah tuah permulaan anda. Dengan 1 indikator saja,bahkan dgn firasat anda sahaja bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi profit dengan mudah.

CARA MAHU BELI TIKET MURAH

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH. 1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Langkawi

Image
KERETA KABEL LANGKAWI Kereta kabel Langkawi ini memang menggerunkan. Tapi anda wajib naik sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Menggunakan teknologi Swiss, cable car Langkawi ini bakal membawa anda dalam satu perjalanan sejauh 1.7 km sebelum singgah di Stesen Tengah. Yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana lantainya kaca, dan tali kabel panjang sehingga tidak nampak hujungnya. Kereta ini akan naik dengan curam dan anda boleh melihat pokok-pokok besar nun jauh di bawah kaki anda. Di stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan  Pulau Langkawi . Tapi tarikan tempat ini belum habis. Jangan lupa berjalan di jambatan gantung Langkawi ya?

Believe In Great With Forex

Image
7 TIPS IKHLAS NAK  BERJAYA FOREX  Nak trade forex dengan lebih berjaya di tahun 2017? Ini  7 tips ikhlas daripada aku : 1) TRADE PAIRS YANG SENANG PROFIT SAHAJA Janganlah hampa pi balun semua pairs. Fokuslah pada pairs yang senang bagi profit macam   EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY .  Ada sebab kenapa pairs ni begitu popular di kalangan traders.  2 sebab utamanya  ialah  (i) pergerakannya lebih mudah dibaca , dan  (ii) ia jarang melanggar prinsip “price action” . Selain itu, nak buat perbandingan analisis pun senang sebab ramai traders yang buat analisis major pairs ni.