UTUSAN KEBAHAGIAN YANG MAHA ESA
CINTA ILLAHI SEBAGAI PENGHULU
Terima kasih kepadamu Ya Tuhan kerana telah menjadikan hari ini satu hari yang sempurna untukku. Satu hari yang penuh dengan rasa bahagia dan senyuman. Suatu perasaan yang aku tidak tahu bagaimana untuk aku menjelaskannya.
Tuhan,
Walau aku tahu semua ini mungkin sementara,
Walau aku tahu semua ini mungkin tidak lama,
Walau aku tahu hakikat sekarang yang sebenarnya,
Aku redha, sabar, dan tenang menghadapinya.
Walau hanya kau yang aku yang cintai sekarang,
Itu tidak mengapa Ya Tuhan,
kerana aku cukup bahagia dengan memberi.
Dan kerana itu jugalah,
Aku mengira dan aku mendengar segala apa yang diungkapkan oleh dirinya,
Aku kumpulkan setiap senyum dan tawanya,
Dan aku simpankan semua itu sedalam-dalam hati ini.
Aku menghargai dan berbahagia dalam setiap saat, setiap momento sementara semua ini masih ada.
Oh Tuhan,
Aku tidak tahu mengapa engkau telah temukan aku dengan dirinya,
Aku tidak tahu mengapa aku dikurniakan dengan perasaan cinta terhadapnya.
Apa yang menjadi satu kepastian,
Itulah perasaan yang terindah dan terhebat yang aku miliki.
Terima Kasih, Tuhan.
Aku bersyukur diatas segala pemberian-Mu.
Engkau kurniakanlah yang terbaik untukku Ya Allah.
Dan,
Kepadamu insan yang menjadi inspirasiku,
Aku meminta maaf kerana mencintaimu,
Aku tidak mampu untuk menafikan pemberian Tuhan yang terlalu hebat dan indah ini.
Terima kasih kerana hadir di dalam hidupku,
Mungkin hanya untuk sementara waktu,
Dan seandainya itu berlaku,
Kau tahu dan aku tahu,
Bahawa tiada lain yang sepertimu.
Pesanan buat insan yang hadir dalam hidupku,
Bukan niatku untuk melengahkan pengakuanku padamu,
Aku sedar yang aku tidak layak untukmu,
Di atas kekhilafan diriku dahulu,Berikan masa untukku perbaiki diriku,
Masa yang tepat akan hadir padamu,
Kerana cinta Illahi sebagai penghulu.
-SangMusafir19-
Comments
Post a Comment