Cara Menggunakan Aplikasi Uber Driver
Perkara penting sebelum jadi pemandu uber/Uber Driver Malaysia :-
- Smartphone (HP) tidak kira model apa sekali pun, mahal atau pun murah, yang penting boleh layari internet & RAM hp paling kurang 1GB RAM kalau 2GB RAM lebih lagi bagus.
- Plan data internet 1GB sebulan dicadangkan, kalau lebih lagi bagus, (Plan data percuma tidak digalakkan)
- GPS mesti dihidupkan (On GPS )
- Bateri Smartphone(HP) hendaklah sentiasa dicas bagi mengelakan hp anda terpadam kehabisan bateri semasa trip perjalanan.(wire charger harus dibawa semasa memandu)
- WAZE dan Google Maps adalah disyorkan untuk Maps & Navigation.
- Touch n Go bagi tujuan pembayaran Tol dan UBER akan bayar semula pada Driver setiap minggu hari Rabu.
- Sediakan wang tukar bagi pemulangan baki penumpang.
- Ikut kelajuan yang ditetapkan semasa memandu.
- Pastikan kenderaan anda sentiasa bersih, kemas dan wangi
- Biar lambat yang penting sampai ke destinasi Rider/Penumpang
- Bagi pembayaran kredit kad & income dari promotion/boost uber akan bayar melalui bank setiap rabu.
LANGKAH 1
ONLINE NOW
- Tunggu PING/Request masuk (Rider/Penumpang akan minta kereta daripada pemandu uber)
LANGKAH 2
- Anda Akan Menerima Ping
- Tandanya Rider@Penumpang Request Pemandu Uber/Uber Driver(anda)
- Klik skrin,dalam bulatan tanda anda menerima PING tersebut.Terima PING dan pergi ke lokasi Rider/Penumpang (Ikut Arahan Maps)
LANGKAH 3
- Tap ▲ "Navigate" to Pick Up location
- Tekan ▲ "Navigate" pergi (Ambil Rider/Penumpang )
- KEMUDIAN Ikut arahan WAZE atau Google Maps.
- Sebelum ke destinasi Pick-up, sebaiknya mesej atau call Penumpang/Rider.(Jika anda ingin menghubungi rider, tekan gambar buku kecil di sebelah En Route)
- Tujuan mesej atau call memberitahu yang kita dalam perjalanan mengambil Rider/Penumpang atau bertanya destinasi dituju Penumpang/Rider atau bertanya tentang pembayaran Cash atau Kredit Kad
LANGKAH 4
- Apabila menghampiri atau telah sampai lokasi mengambil Rider@penumpang,Google Maps / WAZE akan berhenti dan kembali ke aplikasi Pemandu (apps uber driver)
- Klik " confirm you've arrived "
- Call atau mesej jika Rider jika tiada di lokasi mengambil.
- SLIDE → START TRIP Semasa Rider/Penumpang masuk di dalam kereta anda.
- Pada masa ini, baru kita tahu yang rider/Penumpang membuat pembayaran melalui CASH atau KREDIT KAD
LANGKAH 5
- Selepas → START TRIP (Mula Trip) maka destinasi di tuju Rider/penumpang akan ditunjukkan di Apps Uber Driver anda. kadang-kala Rider/penumpang TIDAK memasukkan destinasi dituju, Rider/penumpang boleh masukkan selepas mereka menaiki Kereta anda dan sistem Uber Akan disambungkan secara automatik destinasi penumpang/rider ke apps Uber Driver anda.
- Tap ▲ "Navigate" to the Destination
- Tekan ▲ "Navigate" pergi Destinasi
- Kemudian Ikut Arahan WAZE atau Google Maps.
LANGKAH 6
- Apabila tiba di destinasi Penumpang/Rider atau Rider/Penumpang ingin turun 'slide → Complete Trip' untuk menamatkan perjalanan.(bayaran kredit kad)
- Jika trip ini adalah cash trip, anda harus tekan 'Collect Cash' dahulu sebelum 'slide → Complete Trip'.
- Jumlah bayaran yang dikenakan kepada penumpang/Rider akan dipaparkan di screen hp anda
- Pemandu Uber mesti memberi rating 🌟(terpulang hendak bagi berapa star) kepada Rider/Penumpang.
- Rider pula boleh memilih untuk tidak untuk memberi rating 🌟 kepada Pemandu Uber.
- Rating star (5🌟) penting kepada Pemandu Uber.
LANGKAH 7
- Untung berapa trip pertama hari ini?
- Tambang asal RM29.95 + SURGE RM20.96 (1.7x) + Toll RM2.10 = RM53.69 tolak Uber Fee (25%) masih ada bersih RM40.28
- Trip kedua masuk dalam kurang 2 minit sahaja tak perlu tunggu lama untuk dapatkan Rider/Penumpang.
- Sebelum turunkan Rider/penumpang, jika ada PING masuk anda boleh terima dulu ping tersebut, tidak perlu tunggu ping selepas turunkan penumpang.
Atau pun anda boleh menggunakan FIND TRIP TOWARD A DESTINATION (klik atas sebelah kiri). contohnya : anda sudah hantar Rider ke destinasi yang jauh, anda boleh menggunakan FIND TRIP TOWARD A DESTINATION untuk set area yang mana anda jangka untuk pulang atau membuat trip yang seterusnya. dalam masa yang sama, jika ada rider yang ingin pergi ke arah anda setkan itu, dan anda akan menerima ping dari rider tersebut. Anda hanya boleh gunakan FIND TRIP TOWARD A DESTINATION 2 kali dalam sehari sahaja.
Sila lihat contoh video latihan dibawah untuk pemandu uber driver yang baru...
Comments
Post a Comment