INSENTIF UBER MALAYSIA ( Promotion / Boost )
Aku nak share sikit baru ni Uber Malaysia memperkenalkan insentif jaminan lonjakan pendapatan (Promotion/Boost) yang paling mudah difahami.
Kawasan Jaminan Lonjakan Pendapatan: Aplikasi Uber Driver kini akan menayangkan kawasan-kawasan di mana permintaan servis Uber amat hangat! Uber akan menjaminkan pendapatan setiap perjalanan dalam kawasan-kawasan tersebut.
Informasi di Hujung Jari Anda: Skrol ke bawah dari Paparan Peta untuk melihat semua promosi Uber – sama ada yang terkini atau yang akan datang
Jadualkan masa memandu anda: Ingin mendapatkan pendapatan maksima? Klik butang “Tunjuk Semua Promosi” untuk melihat semua jaminan pendapatan – semuanya di dalam Aplikasi Uber Partner.
Semak pendapatan anda – secara langsung: Apabila menamatkan perjalanan, semak senarai perjalanan anda dan jaminan pendapatan anda akan ditayangkan secara langsung!
Perhitungan Insentif Jaminan Lonjakan Pendapatan Perjalanan Anda
#PROtip: Uber tidak menolak bayaran servis Uber 25% dari insentif jaminan lonjakan (promoton/boost) pendapatan perjalanan – bermakna anda akan menerima amaun sepenuhnya!
Pandu dalam area tersibuk semasa waktu puncak untuk layak menerima pendapatan terjamin.
Contoh kiraan: Anda menamatkan perjalanan dalam kawasan di mana Uber menjaminan Pendapatan@Promotion/Boost: 1.8x:
- Tambang asal perjalanan rider: RM 10.50 (tiada tambang lonjakan =1.0X)
- Jaminan Pendapatan@Promotion/Boost: RM10.50 x 1.8 = RM18.90
- Jumlah diterima daripada tambang asal perjalanan RM10.50 tolak bayaran perkhidmatan Uber 25% (RM2.62) = ( RM7.88 )
- Tambang asal perjalanan rider + JaminanPendapatan@Promotion/Boost (RM18.90) tolak Tambang asal perjalanan rider (RM10.50) = RM8.40
- income dari Jaminan Pendapatan@Promotion/Boost RM8.40 = tiada penolakan bayaran perkhidmatan Uber = RM16.28
- Jikalau Rider membuat bayaran cash, Rider cuma perlu bayar RM10.50 shj bakinya RM8.40 Tolak RM2.62 (fee uber 25%) = RM5.78(uber akan bankin dalam akaun bank)
- Jikalau Rider membuat bayaran kredit kad (RM16.28) uber akan bankin dalam akaun bank
Comments
Post a Comment