Nasi Daun Pisang Bangsar Meletops Habis!
Menu Wajib Turun Bangsar...
Perghhh tengok pun dah menyelerakan.Nasi daun pisang, dengar nama pun dah boleh buat kita terliur. Bukan setakat kaum India tapi kaum Melayu dan Cina pun suka! Mat saleh pun suka weeeeehhhh!! Ternyata nasi daun pisang ni bukan sahaja menjadi pilihan rakyat Malaysia tapi juga pelancong luar. First time aku makan nasi daun pisang ni bila aku attend kelas forex sifu aku di Damansara and dia belanja makan nasi daun pisang ni. Jenuh jugak la nak makan gaul-gaul semua. Korang tengok sendiri la kat atas bayangkan nak makan semua tuh tapi memang menjilat jari la aku cakap dia punya sedap rempah-rempah tuh..So kalau korang datang Kuala Lumpur atau lebih spesifik lagi Bangsar korang should try tau menu ni.. Lagipun area KL dan Petaling Jaya banyak cawangan nasi kandar ni.
Menu nasi daun pisang(basic):
1.Nasi putih
2.Papadom
3.Pickles
4.Salted Chili
5.Kuah Kari
6.Rasam( sup herba orang India)
7. 3 type of vegetarians

Sebut je nasi daun pisang, Sri Nirwana Bangsar dan Raj’s Banana Leaf di Petaling Jaya pasti menjadi pilihan ramai. Famous sangat dah dua kedai ni. Jadi kali ini, aku nak kongsikan restoran-restoran lain yang hidangkan nasi daun pisang di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur!Harga pun berpatutan tau around dalam RM 10-RM12..Berpatutan kan?
Tidak semua kedai masih menggunakan daun pisang yang asli, jadi kali ini aku senaraikan restoran yang masih menggunakan daun pisang asli. Baru lah ada kick!
1. Devi’s Corner
Terletak di Bangsar, restoran ini juga menjadi salah satu pilihan utama pelanggan yang suka nasi daun pisang. Ada yang kata nasi daun pisang di sini lagi kick daripada pesaingnya yang lebih popular itu. Haa boleh lah pergi try kalau nak tahu!
Alamat: 14, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
2. Sri Paandi Restaurant
Mana lagi nak rasa nasi daun pisang power kalau bukan di Little India, Brickfields kan! Sri Paandi juga mempunyai cawangan di Petaling Jaya. Ayam goreng di sini juga diminati ramai, so jangan lupa try!
Alamat: 254, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
3. Jaipur Curry House
Kalau datang lunch time memang satu cabaran untuk dapat tempat duduk sebab memang akan dipenuhi pelanggan tapi mereka ada kaunter khas untuk yang datang untuk tapau. Lain dari yang lain, kedai ini jual ayam dalam saiz kecil molek je!
Alamat: 32, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Petaling Jaya
Waktu operasi: 6am – 9.30pm (Isnin-Ahad)
4. Sri Suria Curry House
Walaupun baru dibuka pada tahun lalu, kedai ini sudah menarik ramai pelanggan dengan hidangan nasi daun pisang mereka. Popular dengan kombo briyani, kalau nak tahu pergi serbu cepat!
Alamat: No. 3A, Jalan SS3/39, PJ 21 Kelana Jaya, 47300 Selangor
Waktu operasi: 7am – 11pm (Isnin-Ahad)
5. Sri Ganapathi Mess
Kedai ini memang legend di Petaling Jaya. Mungkin agak tersorok kerana ianya sebuah rumah yang dijadikan restoran. Tetapi kedai ini tetap berjaya menarik ramai pelanggan setiap hari kerana sudah menjadi bualan ramai sejak dulu lagi.
Alamat: 47, Jalan 1/10, PJ Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11.30am – 3pm (Isnin-Ahad)
Comments
Post a Comment